13/06/2011

secebis rasa


Dalam kehidupan ini tak semua yang kita harapkan dan dambakan akan melekat dalam dakapan. Sesungguhnya manusia ini pelbagai dan bervariasi. Itulah dinamakan kehidupan, kepelbagaian manusia itu menjadikan hidup ini ada sisi kanan dan kirinya. Begitu juga cinta dan kasih sayang. Hari ini kita harapkan si dara menyukai si uda begitu juga si dara mengharapkan si uda.

Namun kehendak dan keinginan itu tak mungkin semua  kita kecapi seperti yang dikehendaki. Kelas dan darjat manusia mampu memisahkan hati dan perasaan . Hakikat yang kita perlu terima, memang nampak seakan – akan kejam tetapi itulah kehidupan. Rasa cinta dan sayang kadangkala boleh dibeli. Sungguh sadis.

Bukalah mata dan lihat dihadapanmu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Hodohkah aku tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada?

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Munkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskan aku pun tetap menantikanmu
Berikan jawapan

No comments:

Post a Comment