30/05/2011

kehidupan ini tak semuanya indah.

Lagu ini memberikan aku lebih semangat untuk terus mengorak langkah ke hadapan sambil menoleh ke kanan, kiri dan belakang dalam menuju masa depan yang lebih cerah.InsyaALLAH.

29/05/2011

Renungan.

Kehidupan ini kadangkala mendukacitakan. Semua inginkan bahagia dunia, tetapi tak semua yang rasa. Aku rasakan kita sebagai manusia boleh jadi seperti binatang yang orang boleh buang. Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat.

25/05/2011

siap juga karya pertama

Alhamdulillah.semuanya diberkati ALLAH. mula - mula nampak payah akhirnya bila buat sebenarnya mudah. Kegigihan mencari idea untuk cerita yang terbaik disulami dengan plot dan watak yang berwibawa mampu mengangkat sesebuah cerita ke pentas dunia.

20/05/2011

Hari ini cukup indah.Bunyi kicauan burung menambahkan lagi keceriaan pagi. Aku menjenguk ke luar jendela dan  betapa indah ciptaan Maha Esa. Begitu jua kita manusia yang diciptakan sebagai hambaNYA, harus bersyukur atas kejadian. Semoga rasa syukur ini kekal hingga akhir hayat. InsyaALLAH

18/05/2011

Selamat hari guru.


Walaupun Hari Guru telah berlalu tetapi tidak lewat rasanya untuk ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua cendekiawan, ilmuwan, sasterawan, budayawan, profesor, pensyarah, guru-guru, cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah yang telah menjadi ubat dan penawar kepada anak bangsa menuju masa depan yang lebih cerah.

Jurnal harian

Aku baru mendapat gambaran berkaitan pembinaan blog daripada rakan sekuliah. Kebetulan sewaktu kuliah yang pertama aku tidak hadir. Segala penerangan berkaitan blog telah diberikan panjang lebar oleh Dr. Mawar Safei. Aku dimaklumkan bahawa beliau inginkan setiap pelajar menyiapkan blog dan memasukkan sekurang – kurangnya  10 kiriman sepanjang pengkuliahan semester ini. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada rakan – rakan, beliau inginkan setiap pelajar menulis berkaitan perihal diri dalam bentuk jurnal harian. Aku agak kelabu pada awalnya, namun selepas aku bertanya dan mendapat gambaran lanjut, aku rasa tidak susah sebenarnya untuk menulis jurnal harian asalkan kita ada idea.

Baru nak belajar

Minggu ini adalah minggu terakhir kelas Dr.Misran Rokimin. Beliau ada memberikan tugasan cerpen yang perlu dihantar kepadanya di hujung pengkuliahan. Agak lega kerana beliau tidak mewajibkan cerpen tersebut dengan tema tertentu. Para pelajar bebas memilih tema yang disukai untuk penulisan cerpen. Aku rasa ingin buat cerpen dengan tema kasih sayang. Itu idea yang datang. Harap – harap menjadi penulisan cerpen kali ini.

Kuliah Semester 3

Tahun ni merupakan tahun kedua ku dan sewaktu cuti semester yang panjang ini aku berkesempatan untuk menjalankan pengkuliahan dalam semester 3. Aku rasakan berbaloi untuk aku melakukan pengkuliahan dalam semester 3 ini kerana pada semester hadapan sewaktu di tahun 3 subjek yang akan aku ambil akan berkurangan selain aku dapat berjumpa dengan pensyarah untuk penyeliaan Latihan Ilmiah.