18/06/2011

Lelaki hitam dan sasa itu lelaki terakhir bakal ditemuduga Syiriha. Dia rasakan ini peluang terakhir untuk dapatkan teman lelaki. Sekarang tubuh itu  dah terpacul di depannya. Dengan tergopoh - gapah dia mengucapkan selamat sejahtera. Syiriha terkebil - kebil memandang atas bawah. "Maaf, saya terlambat. Terlepas monorel stesen Hock Seng Peng. Saya turun di stesen Ahmad Zakaria dan patah balik semula." jawab lelaki itu. "Duduk." "Terima kasih." Sambil membetulkan beg galas di bahu, lelaki itu senyum.

Syiriha nampak wujud satu kelainan dalam diri lelaki itu. "Samadhuri mungkin lelaki terakhir dan mampu buat aku gembira." sambil berteleku. Syiriha dan Samadhuri bertemu janji. Tasik Pinggiran Cendana jadi saksi. "Awak pasti terima saya?"Samadhuri menduga. "Pasti". Dia perlu terima hakikat, hari ini lelaki hitam itu bersama - sama dia. Kelucuan yang dicari bukan kehenseman. Itu yang dia dapat.

Hujung minggu mereka bertemu janji. Ibarat sepasang merpati sejoli, berpaksikan langit dan bumi janji dipatri. Dua jiwa dalam satu hati.Bersatu dalam riuh pekik lolong manusia lalu lalang. Petang itu tenang, ramai habiskan masa senggang. "Rasa gembira dalam jiwa. Awak buat saya seperti mati hidup semula." Syiriha buka kata. "Saya lucu?" Samadhuri kunyah roti. "Dah lama tak rasa dibelai dan dimanja. Dapat lihat gurauan awak pun jadilah" Syiriha mengesot ke depan. Samadhuri tersenyum. Senyum itu penawar duka. Walau disana jiwa terseksa, jangan biar disini turut terasa.

Lepas lunch 72 jam kemudian, Syiriha hantar mesej. Satu mesej pun tak dijawab Samadhuri. "Adakah dia merajuk?" Syiriha menduga. "Ah! tidak. Dia lelaki, mana mungkin dia merajuk. Aku tak salah. Sepanjang bersamanya di Tasik Cendana semua mata terpana dek kemesraan kami berdua." Punat telefon didail, panggilan dibuat namun tiada tanda berjawab. "Pelik, sibuk? masalah kesihatan? atau. Bodoh fikir sangat. Abaikan dulu. Kerja perlu diselesaikan." Syiriha mengomel. Hidup Syiriha dirasakan sunyi sepi ibarat rumah tidak berpenghuni. Usik manja Samadhuri masih terasa walau hanya bersisa.

"Betul ini rumahnya berdasarkan alamat dalam borang temuduga." Syiriha melangkah laju. Salam diberi dan seorang lelaki tercegat di daun pintu. Segala ketidakpastian dan kekeliruan akan dipadamkan nanti. Penjelasan perlu agar semuanya terang.

"Maaf, saya tidak dapat menerima awak dalam hidup saya. Awak tak layak menerima cinta saya." Samadhuri membelakangkan Syiriha. "Tapi kenapa? Apa salah saya? Tak cukup cantik dan menawankah saya di mata awak?" Air mata Syiriha berjujuran seiring kalam yang terkeluar disebalik bibir mungilnya. Samadhuri terus berdiam. Dibiarkan gadis genit itu menghabiskan sisa - sisa sendu sedan yang ada.

"Awak tak mampu untuk buatkan saya gembira." tiba - tiba Samadhuri bersuara. " Kenapa hah? cuba cakap. Tolonglah. Jangan seksa jiwa dan raga saya." Syiriha melutut. Sambil melangkah pergi, dia berkata "Kerana awak bukan taste saya. Awak tak layak menerima cinta saya.Semua palsu."

Ilham :Naluri lelaki - Samsons

No comments:

Post a Comment