“Susuk tubuh itu aku akui jadikan aku sang pemimpi. Siang dan malam aku tak keruan. Aku terbuai – buai dalam alunan syahdu ciptaan aku sendiri.” Zairul rasakan seperti ada azimat dalam wajah itu. “Cantik dan menawan. Mana mungkin sesiapa sang pria tidak tertawan? Orang gila pun ada perasaan inikan kita insan biasa.” Zairul bermain dengan gelojak jiwanya.
Desir malam itu buat hati lega. Rasa tenang lain dari yang lain. Atas lantai tanah itu ada seraut wajah tenang tidur dalam dakapan malam kelam. Wajah tu wajah tak berdosa yang sentiasa menjadi kesayangan semua.
***********
Bodoh kalau ada yang cakap budak tu anak haram. Sebenarnya siapa yang anak haram sebenarnya?? Kalau kau diberi makan hasil haram, tak salah kau digelar anak haram. Hasil yang menjadi darah daging kau dan akan diwarisi dari generasi ke generasi. Budak tu tak berdosa. Yang bersalah ayah dan ibunya akibat nafsu mengatasi rasional. Jangan hancurkan masa depan budak itu.
************
Budak tu cerdik, petah bercakap dan mudah faham apa kita cakap. Dari menyusu badan hingga pandai makan sendiri, budak tu membawa banyak erti. Susah senang dalam membesarkannya itu adalahsatu tanggungjawab dan bukti tanda cinta kamu pada budak itu. Cukuplah kesalahan kamu dulu, jangan dikesali kesilapan lalu kerana masa akan datang tak siapa yang tahu.
Budak itu bangun dan bertanya, mama mana ayah??
Ilham Lagu: Mohon Ampun Aku - D'Masiv
.
18/06/2011
Lelaki hitam dan sasa itu lelaki terakhir bakal ditemuduga Syiriha. Dia rasakan ini peluang terakhir untuk dapatkan teman lelaki. Sekarang tubuh itu dah terpacul di depannya. Dengan tergopoh - gapah dia mengucapkan selamat sejahtera. Syiriha terkebil - kebil memandang atas bawah. "Maaf, saya terlambat. Terlepas monorel stesen Hock Seng Peng. Saya turun di stesen Ahmad Zakaria dan patah balik semula." jawab lelaki itu. "Duduk." "Terima kasih." Sambil membetulkan beg galas di bahu, lelaki itu senyum.
Syiriha nampak wujud satu kelainan dalam diri lelaki itu. "Samadhuri mungkin lelaki terakhir dan mampu buat aku gembira." sambil berteleku. Syiriha dan Samadhuri bertemu janji. Tasik Pinggiran Cendana jadi saksi. "Awak pasti terima saya?"Samadhuri menduga. "Pasti". Dia perlu terima hakikat, hari ini lelaki hitam itu bersama - sama dia. Kelucuan yang dicari bukan kehenseman. Itu yang dia dapat.
Hujung minggu mereka bertemu janji. Ibarat sepasang merpati sejoli, berpaksikan langit dan bumi janji dipatri. Dua jiwa dalam satu hati.Bersatu dalam riuh pekik lolong manusia lalu lalang. Petang itu tenang, ramai habiskan masa senggang. "Rasa gembira dalam jiwa. Awak buat saya seperti mati hidup semula." Syiriha buka kata. "Saya lucu?" Samadhuri kunyah roti. "Dah lama tak rasa dibelai dan dimanja. Dapat lihat gurauan awak pun jadilah" Syiriha mengesot ke depan. Samadhuri tersenyum. Senyum itu penawar duka. Walau disana jiwa terseksa, jangan biar disini turut terasa.
Lepas lunch 72 jam kemudian, Syiriha hantar mesej. Satu mesej pun tak dijawab Samadhuri. "Adakah dia merajuk?" Syiriha menduga. "Ah! tidak. Dia lelaki, mana mungkin dia merajuk. Aku tak salah. Sepanjang bersamanya di Tasik Cendana semua mata terpana dek kemesraan kami berdua." Punat telefon didail, panggilan dibuat namun tiada tanda berjawab. "Pelik, sibuk? masalah kesihatan? atau. Bodoh fikir sangat. Abaikan dulu. Kerja perlu diselesaikan." Syiriha mengomel. Hidup Syiriha dirasakan sunyi sepi ibarat rumah tidak berpenghuni. Usik manja Samadhuri masih terasa walau hanya bersisa.
"Betul ini rumahnya berdasarkan alamat dalam borang temuduga." Syiriha melangkah laju. Salam diberi dan seorang lelaki tercegat di daun pintu. Segala ketidakpastian dan kekeliruan akan dipadamkan nanti. Penjelasan perlu agar semuanya terang.
"Maaf, saya tidak dapat menerima awak dalam hidup saya. Awak tak layak menerima cinta saya." Samadhuri membelakangkan Syiriha. "Tapi kenapa? Apa salah saya? Tak cukup cantik dan menawankah saya di mata awak?" Air mata Syiriha berjujuran seiring kalam yang terkeluar disebalik bibir mungilnya. Samadhuri terus berdiam. Dibiarkan gadis genit itu menghabiskan sisa - sisa sendu sedan yang ada.
"Awak tak mampu untuk buatkan saya gembira." tiba - tiba Samadhuri bersuara. " Kenapa hah? cuba cakap. Tolonglah. Jangan seksa jiwa dan raga saya." Syiriha melutut. Sambil melangkah pergi, dia berkata "Kerana awak bukan taste saya. Awak tak layak menerima cinta saya.Semua palsu."
Dalam kehidupan ini tak semua yang kita harapkan dan dambakan akan melekat dalam dakapan. Sesungguhnya manusia ini pelbagai dan bervariasi. Itulah dinamakan kehidupan, kepelbagaian manusia itu menjadikan hidup ini ada sisi kanan dan kirinya. Begitu juga cinta dan kasih sayang. Hari ini kita harapkan si dara menyukai si uda begitu juga si dara mengharapkan si uda.
Namun kehendak dan keinginan itu tak mungkin semua kita kecapi seperti yang dikehendaki. Kelas dan darjat manusia mampu memisahkan hati dan perasaan . Hakikat yang kita perlu terima, memang nampak seakan – akan kejam tetapi itulah kehidupan. Rasa cinta dan sayang kadangkala boleh dibeli. Sungguh sadis.
Satu sms aku dapat dari Nisya. "Salam berapa result exam?subjek Dr. Hamzah dapat gred apa". Aku jadi kaget, hampir terlupa saat itu telah tiba. Keputusan peperiksaan untuk jamin masa depan. "Hello, Nisya dah boleh semak result?Check pakai sms? Macammana? Ajar aku cepat”. Balasku. “Taip no matrix dan kad pengenalan hantar ke 13400.” Celah Nisya. “Terima kasih”. Seraya aku letak telefon.
“Nisya aku tak dapat semak keputusan. Ada hutang.” Tanganku laju menekan punat telefon. Satu sms berjaya dihantar.
“Salam puan, maaf bertanya, yuran penginapan sehari berapa?”. Aku tanya selamba. “Sehari RM2.” Sahut wanita separuh umur berteleku di kaunter tanya. “Kenapa saya semak yuran penginapan RM140?” lantasku balas. “Awak jumpa Cik Yana awal pagi esok”. Balas wanita itu sambil tersenyum.
Perjalanan tanpa peta dan kompas cerita. Aku masih di lorong tanpa nama tanpa rupa hingga aku jumpa Cik Yana perempuan pakai kanta kaca minta bicara soal harga.
Malam itu aku berdoa semoga kekalutan ini ada rahmat di dalamnya.
Lagu ini memberikan aku lebih semangat untuk terus mengorak langkah ke hadapan sambil menoleh ke kanan, kiri dan belakang dalam menuju masa depan yang lebih cerah.InsyaALLAH.