18/05/2011

Jurnal harian

Aku baru mendapat gambaran berkaitan pembinaan blog daripada rakan sekuliah. Kebetulan sewaktu kuliah yang pertama aku tidak hadir. Segala penerangan berkaitan blog telah diberikan panjang lebar oleh Dr. Mawar Safei. Aku dimaklumkan bahawa beliau inginkan setiap pelajar menyiapkan blog dan memasukkan sekurang – kurangnya  10 kiriman sepanjang pengkuliahan semester ini. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada rakan – rakan, beliau inginkan setiap pelajar menulis berkaitan perihal diri dalam bentuk jurnal harian. Aku agak kelabu pada awalnya, namun selepas aku bertanya dan mendapat gambaran lanjut, aku rasa tidak susah sebenarnya untuk menulis jurnal harian asalkan kita ada idea.

2 comments:

  1. Sdr Izzat
    tahniah kerana dapat menghasilkan blog. entri blog bukan hanya pada idea tetapi apa yang sdr lalui setiap hari - apa yang sdr lihat, dengar, rasa. jumpa nanti!

    ReplyDelete